Tuesday, 6 April 2021

Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M

Assalamualaikum Rakan Maya,
 
Hari ini sekali lagi Yat berpeluang lagi untuk join Segmen Bloglist dari blog sis salatulzarida. Sebenarnya bukan hadiah yang Yat kejarkan, cukup sekadar untuk menambah rakan blogger dan peroleh info semasa dari rakan-rakan blogger. Mana yang tiada idea menulis pon bagus juga sebenarnya. So tidak la sunyi blog kite ye.

 Segmen Bloglist Ramadan

So, berikut adalah Syarat penyertaan yang tersangat mudah untuk kita buat: 

1.  Follow blog ini :  salatulzarida.blogspot.com 

2.  Buat satu entry bertajuk : Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M 

3.  Letakkan banner dan backlink kan kepada link entry ini 

4.  Publish entry dan letakkan link penyertaaan blog dalam ruang komen di entry ini.


Tempoh segmen ini berlansung mulai hari ini 5 April 2021 dan tamat pada 12 April 2021.



Semoga tersenarai dalam Rakan Blogger Ramadan sis salatulzarida.
 
Bye. 


Monday, 5 April 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Assalamualaikum buat Semua Warga Maya..

Hari ini saya berpeluang lagi untuk join contest Giveaway yang di tag oleh rakan blog saya Cuya. Thanks ya tag saya, sebab anda buatkan saya terasa rakan blogger itu wujud (blog saya pon suam2 je). Kihkihkih...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7-4ElrcJ_EugfzxLdpqg8cUjSrDyzb3140pXbK6lxuSpN0aALcqkIRBC68xzv9Xmr-iAOvwlvMhSUiUhEH0Z9_WAxrIwz8oNZ9XHW14manAzMkNDSq_lj769gs0D1nxU85r67idHank3m/s652/Giveaway+Raya+BSRB.jpg 

Perasaan saya dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi seharusnya tidak sabar disamping anak-anak yang kian meningkat umur. Suami? sepanjang bulan ramadhan dia bekerja shift petang so tinggal saya dan anak-anak je untuk berbuka.

Yang paling terujanya anak dara sis yang sulung baru masuk darjah 1 dan x sabar nak puasa. Sis x paksa dia berpuasa penuh cukup sekadar termampu untuk dia saja. Anak teruna sis pula bru masuk 1 tahun 7 bulan, dah macam-macam akal dah tu. Sis yakin suasana buka puasa sis nanti comfirm meriah (huru hara).  

Bila berlalunya Ramadhan akan munculnya Syawal. Yang pastinya persiapan menyambut hari raya sis mestilah boria dengan tema pilihan tahun ini Purple Lavendar dengan harapan dapat Rentas Negeri pulang ke kampung sebelah suami.

Sama-sama kita berdoa agak kita sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungiNya walau dia mana jua kita berada.. Amin.


Jalan-jalan beli pulsa

Pulang main makan ketupat

Jangan lupa ibadah puasa

Agar pahala dapat berlipat

 

Last, sis nak tag sis Zarida and sis Rashidah untuk join giveaway ni. 

Bye..



Friday, 2 April 2021

JADUAL HARIAN ANAK

 Assalamualaikum Semua,

Hari nie sis baru siap buat Jadual Harian Anak sulung sis. Dia dah masuk darjah satu. So nak lebih nampak organize sis sediakan jadual harian untuk rujukan dia.

Waktu bila boleh main, study solat n sebagainya. Harap-harap dia boleh ikut. But not 100% la.

Di bawah nie contoh jadual harian yang sis buat untuk anak sis. Korang klik untuk nampak besar ye.

Sis sebenarnya x harapkan result yang gempak dari anak sis. Cukup la sekadar peroleh ilmu untuk kehidupan dia di masa akan datang agar tidak ketinggalan.

 Bye2.

Tuesday, 30 March 2021

Pengalaman Renovate Dapur - Part 1

Assalamualaikum rakan-rakan blogger,

Semoga semua yang membaca post ini sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi olehNya.

Setelah sekian lama sis x update blog sis nie, last update tahun lepas dan sekarang kita dah nak masuk bulan April 2021 sudah. Ada masa terluang ini, sis nak update kat korang pasal projek renovation dapur rumah sis. Dulu sis ade update pasal pengalaman sis beli rumah sub sale kat sini.

First, sis survey perkhidmatan all in one,seperti renovation, wiring, sistem paip toilet dan kitchen cabinet. Sebab area yang sis nak tukar adalah Dry Kitchen, Wet Kitchen dan toilet. Sis guna perkhidmatan Kitchen Design Consultant. Korang kalau nak tau company mana sis ambil boleh comment ye.

Meeting pertama, kami discus material yang sis nak dan keluasan dapur sis. so senang consultant nak buat kira-kira mengikut bajet customer dia. Sis decide untuk ambil material jenis 3G untuk wet kitchen dan Melamine untuk dry kitchen. 

Untuk Wet Kitchen memang roboh habis dan dry kitchen masih guna kabinet sedia ada just tambah 2 tall unit dan tukar tile je. Than betulkan sistem paip untuk dua2 tandas rumah sis.

Jumlah keseluruhan adalah RM14,250 (renovation, pintu tandas jenis bi fold dan kabinet dapur sahaja)

Untuk tile 2 jenis, tandas duduk, sinki dan plug point harga asing sebab kami nak beli sendiri. Total habis seperti berikut ya:

Tile 2 jenis - RM660

Sinki & Paip - RM750

Tandas Duduk (x2) - RM850

Plug point - RM80

Total hangus Semua sekali RM16,590 (menangis dibucu katil kejap)

So kat sini sis nak share dengan korang gambar2 proses renovasi dapur sis.

Rupa sebelum:





Rupa semasa:





So sekarang renovation dah siap. Then kami laki bini nak cat pulak dapur. Buat sendiri save sikit bajet sebab dah banyak keluar duit. Dalam seminggu baru boleh pasang Kabinet dapur sebab masih dalam proses tempahan. Untuk renovation ambil masa dalam 1 minggu untuk siap. 

Next post sis akan update lepas pemasangan kitchen cabinet ye. Korang tunggu tau. 

Thank for support dan sudi luangkan masa untuk baca nukilan sis.

Bye..