Showing posts with label Kongsi Info. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Info. Show all posts

Tuesday 11 August 2020

Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari

 Assalamualaikum Sahabat Blogger & Pembaca setia,

Setakat hari ini belum ada time lagi nak buat entry, idea dah ada masa tu je terhad. So, kalau sis jumpa segmen giveaway nie memang 100% sis akan support dan untuk cari rakan blogger baru jugak. So korang nak join pon boleh.

Segmen ini akan bermula pada 7 Ogos 2020 (Jumaat)  sehingga 14 Ogos 2020 (Jumaat), Segmen ini dijalankan selama seminggu, Seramai 10 orang perserta yang bertuah untuk bloglist dan 1 orang daripada 10 orang akan memenangi bodymist 250ml victoria secret ini!
 
 

Syarat untuk menyertai:

1. Follow blog Nadia Jamhari


3. Buat satu entri di blog anda bertajuk "#Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari"

4. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini (rujuk quotes untuk link)

5. Comment link entri penyertaan di bawah


https://nadiajamhari.blogspot.com/2020/08/segmen-giveaway-dan-mencari-bloglist.html



Jangan lepaskan peluang tau! 

InsyaAllah pemenang akan diumumkan sebelum Ogos berakhir!

Selamat Bersegmen!

 

Tuesday 4 August 2020

Giveaway by ejulz & shirven

Assalamualaikum korang..

Post pertama dalam bulan 8 tahun 2020. Sis join Giveaway by ejulz & shirven. Jom kita support rakan-rakan blogger kita. Korang pon boleh join juga. Macam mana nak join? Seperti berikut laa:


Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & shirven:

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & shirven". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz dan shirven;
4. Follow IG ejulz dan shirven;
5. Tinggalkan penyertaan korang dan nama IG di post ini;
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.


Tarikh Tamat : 15 OGOS 2020

Good luck you all..!

Tuesday 21 July 2020

My Little Fella's

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini Cik Yatie baru follow rakan blogger baru. Seronok tengok design blog nie secantik empunye dan boleh dijadikan inspirasi kepada blogger baru.




So hari nie juga, first time CikYatie join contest or giveaway. Harap ada harapan la disitu. Wish me luck korang.

  Bagi yang berminat untuk join Segmen Bloglist My Litte Fellas II by Cik Kaella.. ia akan berlangsung sehingga 30 Julai 2020.

Syarat penyertaan pun mudah sahaja. jom join dan support blog Kaella.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Follow blog kaella ( thekaellaaaa )
2. Buat entry bertajuk "My Little Fella's"
3. Tepek banner di atas dan link kan ke post
4. Share biar ramai yang join 🥰
4. Letakkan link penyertaan korang di ruangan komen
Selesai! 😊

KLIK BANNER UNTUK JOIN


Thursday 9 July 2020

BISNES KELUARGA: PERIA GORENG RANGUP


Assalamualaikum,

Posting kali ini CikYatie nak cerita dan promote sekali bisnes kecil keluarga kami iaitu PERIA GORENG RANGUP. Pada awalnya mak kami saja je goreng peria untuk makan sendiri2 saja. Sampai satu masa sedara mara dan kawan-kawan rasa sedap dan rangup. Then kami pon cuba buat bisnes dengan peria nie. Alhamdulillah dapat sambutan menggalakan. Mak Ayah CikYatie dah pencen, so boleh la diorang buat business sambil-sambil.


Masa awal jual dulu kami takde stiker pon, sampai masuk order pon dah banyak maka terciptalah logo ini. Buat masa ini, dah nama pon business keluarga kami adik beradik je la yang kumpul order. Setiap order masuk kami akan update dalam group whatsup keluarga kami. Dalam sebulan keuntungan bersih mak ayah kami cecah juga 3 angka dah nama pon bisnes kecilankan.


Untuk makluman korang, peria goreng keluarga kami beza dari produk peria yang lain sebab turut bercampur bawang putih yang digoreng rangup dan semestinya daun kari pon rangup juga. Korang wajib rasa ye.

Bagi yang berminat:

Original - RM11.00/Balang
Spicy     - RM13.00/Balang

Bagi yang nak order lebih kita boleh adjust special harga ye.

Order Link:

http://www.wasap.my/+60175698382/PERIARANGUPviaCIKYATIE

 
                                    Duta Kecil produk kami. Bye.


Tuesday 28 January 2020

PENGALAMAN BELI PANGSAPURI SAUJANA GOMBAK

Assalamualaikum,


Blog nie dah lame sngt aku create sejak dari zaman bujang. Ini adalah post pertama aku setelah mendirikan rumah tangga dekat 6 tahun dan ada 2 cahaya mata yang comel.

So, aku decide nak share pengalaman aku dan hubby beli rumah pertama kitorang. Kami pilih lokasi tempat tinggal selamanya nie di area Gombak, Batu Caves. Sebab apa area tu jadi pilihan aku adalah sebab dekat nak akses highway ke arah pantai timur sebab laki aku nie orang kelantan. Kalau untuk aku, memang dah membesar di Gombak dan dekat dengan rumah parent aku jugak sebenarnya.

Hampir 2 tahun kami survey rumah dan akhirnya kami memilih Pangsapuri Saujana Gombak, Pinggiran Batu Caves. Actually apartment nie sebenarnya leasehold, tapi aku dan hubby peduli ape freehold ke leasehold ke janji kami ade tempat untuk tinggal dan tak rugi pun beli. Sebab ape x rugi? sebabnya kemudahan fasiliti, dekat dengan sekolah, pasaraya dekat, pengangkutan awam awam pun dekat, tempat makan yang pelbagai dan macam2 lah.

-Inilah rumah kami-

So, asalnya owner nak jual RM320K. Selepas minta kurang dapat la RM318K. Dah name pon beli rumah subsale kan, berikut adalah senarai duit yang korang perlu sediakan:

1.   Deposit 3% - RM9,540.00
2.   Deposit lepas sign S&P 7% - RM22,260.00
3.   Yuran Guaman - RM5,906.80
4.   Stamp Duty - RM5,360.00
5.   Duit Standby - RM5,000.00

Total = RM48,066.80

Sebab kene ade duit standby nie contoh loan kite xleh nak cover yuran guaman bank so kite kene topup sendri duit yang x cukup tu. So, kalau korang nak beli rumah harga lebih kurang mcm harga rumah aku nie kene yang ade duit sebanyak tu tak kisah lah dalam KWSP ka cash ka, klu ade dah boleh on beli rumah.

Kami nie kira untung jugak beli apartment nie, sebabnya majoriti penduduk melayu, rumah aras 1, 1 rumah 1 parking, bawah rumah ada taska, kolam renang, bersih dan serba lengkap. Proses pembelian dari A to Z semua agent dan peguam uruskan, dan kite bagi duit je la. Start dari bulan Februari 2019 sampai dapat kunci Ogos 2019 dalam tempoh 7 bulan. Janji xde masalah dari pihak owner dan pihak kite la. Mungkin dah takdir kami beli rumah tu, sebab tu dipermudahkan oleh DIA. Alhamdulillah.

Lagi satu untungnya kami rumah dah siap renovate. Cuma aku nie x berkenan dengan kabinet dapur sedia ada tu je. Dan dalam proses kumpul duit nak tukar n renovate sikit kabinet dapur. Nanti bile dah on renovate dapur aku share pulak proses dan kos untuk korang ye.

Sekian. Wassalam.