Showing posts with label Kongsi Cerita. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Cerita. Show all posts

Tuesday 7 July 2020

KONGSI PENGALAMAN TEMUDUGA SEBAGAI SETIAUSAHA PEJABAT

Assalamualaikum Semua,

Entry kali ini Cikyatie nak share pasal temuduga sebagai setiausaha pejabat.

Tahun 2016 kalau tak silap, cikyatie dapat panggilan Temuduga bagi Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17/ Setiausaha Pejabat N27 (Tetap/Kontrak) Kumpulan Pelaksana (Bukan Akademik). Gembiranya rasa hati dan resahnya menunggu giliran untuk diinterview.


So, macam biasalah sebelum hadir temuduga kita perlu susun fail sijil dengan teratur mengikut dari pendidikan tertinggi senang untuk penemuduga belek-belek sijil kita. Jangan lupa bawa juga updated resume dan salinan photostat sijil korang lebih lagi bagus.

Antara soalan yang ditanya, First, dia akan minta kita perkenalkan diri dalam bahasa English. Time nie korang kene yakin bercakap, tak kisah lah English korang terabur janji confident ye. Isi pengenalan diri, Nama, tempat tinggal, pengajian korang, pengalaman kerja termasuk praktikal dan lain-lain yang terlintas difikiran korang. Then korang kene study background company tu ye sebab memang akan ditanya. Macam sis diorng tnye siapa nama VC sekarang (VC Universiti tempat kerja sis sekarang) and apa yang anda tahu pasal Key Performance Indicator. Next diorang juga tanya 'Macam mana anda menangani stress di tempat kerja, ini soalan pendapat kita. So kalau boleh pendapat korang mesti positif tau. Then akhir sekali  diorang akan tanya kita ade soalan tak, macam Cikyatie memang takde soalan nak tanya just bagitau 'xde soalan dan terima kasih atas jemputan temuduga ini semoga kita berjumpa lagi', itu saja.

Selepas kira-kira 10 bulan, Cikyatie dapat panggilan telefon tawaran Jawatan Sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat N19, so memang kita terus ambillah tanpa berfikir. Cikyatie lapor diri pada bulan Mac 2017 dengan status jawatan kontrak, then after 9 bulan diserap tetap. Alhamdulillah.



Sekarang nie dah masuk tahun ke 4 bekerja sebagai pembantu setiausaha pejabat dan dalam proses pengesahan jawatan. So bagi job seeker, sis nasihatkan jangan jemu or putus asa dalam mencari kerja, selagi ada peluang apply je terus, dapat panggilan interview pergi je terus sampai korang dapat kerja.

Sekian.

P/s: Cikyatie ingat nak sambung pengalaman kerja pulak, tapi dah letih pulak mengarang. tunggu next entry ya. Bye.

Wednesday 1 July 2020

Buat Suamiku

Assalamualaikum...

Entry kali sebenarnya ditujukan buat suami sis yang tersayang. Rasa dia pun x tahu kehadiran blog bini dia nie. So bagi pembaca please jangan muntah ye. Huhuhuhu...


Husband sis nie seorang yang pendiam, penyabar, soft spoken, good looking (pandangan sis la), senang cerite Mr. Perfect 10 lah. Sepanjang perkahwinan kami, sis tak pernah lagi dengar dia tinggikan suara kat sis, marah sis, ignore sis sampai sis sendri tnye "abang x marah ke?" dan di balas "tak pun" tu je. Sampai sis sendri x puas hati.

Untuk pengetahuan korang, suami sis nie bukan jenis orang sweet ye. Bukan seorang yang romantik dan juga bukan seorang yang pandai berbicara manis. Kadang-kadang sis berangan la sorang2 bile tengok movie romantik. Dulu sis complaint la jugak sis nak dia macam tu macam nie. Tapi sia-sia je.  But its ok, sis boleh terima seadanya. I love him soo much..!

Kesimpulannya, kehidupan kami lebih baik sejak berkahwin. Sis sangat menghargai apa yang saya ada sekarang dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat.

So, buat suami yang dicintai, disayangi dan sering dirindui,

Terima kasih sebab banyak bersabar dengan perangai binimu.
Terima kasih kerana sering memuji masakan binimu.
Terima kasih kerana menjadi driver setia binimu sewaktu binimu ini sambung belajar.
Terima kasih kerana menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab.
Terima kasih kerana sanggup memenuhi permintaan binimu.
Terima kami sebab cinta dan sayangkan binimu.
Last skali, terima kasih untuk segala-galanya.

Sayang Abang sehingga ku menutup mata...



"Peluk pasangan anda.
Tidak kira berapa kali awak mahu peluk, itu terpulang
tetapi peluklah isteri di samping bersyukur kepada Allah SWT
kerana anda mempunyai pasangan"

-Dato' Dr. Mohd Fadzilah-



Bye2




Monday 29 June 2020

CHECKLIST BARANG KEPERLUAN BAYI KE NURSERY/RUMAH PENGASUH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mesti pembaca disini dalam dilema untuk hantar anak yang masih bayi ke nursery atau rumah pengasuh. Sama juga seperti sis, hantar anak usia 8 bulan ke nursery (sebelum nie mak sis yang jaga). Sis pon google ye nak cari idea barang keperluan baby ke taska dan dapat idea yang sangat membantu.

Sis start hantar anak ke nursery pada 1 Jun 2020 dimana time tu taska baru dibuka selepas tutup sementara akibat COVID19. So taska dibuka semula dengan beberapa SOP yang baru antaranya barang-barang anak semua perlu dibawa balik dan tidak boleh tinggal di taska.

Berikut adalah barang keperluan yang sis sediakan untuk si manja sis:
  1. Lampin pakai buang - 5 keping
  2. Barang mandian semasa dan selepas mandi - Bedak, sabun, minyak telon (disebabkan hari-hari kena angkut bawa balik sis letak dalam botol kecil la. kene rajin refill balik).
  3. Puting - ikut keperluan anak.
  4. Toys - sis sediakan mudah bagi pakai lampin dan baju.
  5. Set Baju - 4 set
  6. Tuala Mandi
  7. Beg untuk letak barang
  8. Plastik - untuk letak baju basah.


Next, untuk keperluan makan dan minum pula:
  1. Lunch bag
  2. Botol susu
  3. Botol air 2 lubang
  4. Mangkuk
  5. Sudu
  6. Nestum - Sis sediakan sebab baby bawah 1 tahun makanan perlu bawa dari rumah.
  7. Susu - sis letak dalam bekas ade compartment.

Tempat tidur pula, sis sediakan set tilam baby serta bantal dan baby rocker (in case baby susah tidur). Baby rocker nie sis memang tinggalkan di taska dengan kebenaran owner taska.

Ini lah barang-barang anak sis yang hari-hari sis angkut pergi dan balik.


Kesimpulannya, kite as mommy nie perlu sediakan keperluan anak selengkapnya sebab nak memudahkan cikgu/pengasuh yang menjaga anak kita. Bila kita mudahkan urusan seseorang, urusan kita pun Insyaallah akan dipermudahkan. Sis payung satu gambar si manja sis.



Sekian.

Bye..!