Tuesday, 30 March 2021

Pengalaman Renovate Dapur - Part 1

Assalamualaikum rakan-rakan blogger,

Semoga semua yang membaca post ini sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi olehNya.

Setelah sekian lama sis x update blog sis nie, last update tahun lepas dan sekarang kita dah nak masuk bulan April 2021 sudah. Ada masa terluang ini, sis nak update kat korang pasal projek renovation dapur rumah sis. Dulu sis ade update pasal pengalaman sis beli rumah sub sale kat sini.

First, sis survey perkhidmatan all in one,seperti renovation, wiring, sistem paip toilet dan kitchen cabinet. Sebab area yang sis nak tukar adalah Dry Kitchen, Wet Kitchen dan toilet. Sis guna perkhidmatan Kitchen Design Consultant. Korang kalau nak tau company mana sis ambil boleh comment ye.

Meeting pertama, kami discus material yang sis nak dan keluasan dapur sis. so senang consultant nak buat kira-kira mengikut bajet customer dia. Sis decide untuk ambil material jenis 3G untuk wet kitchen dan Melamine untuk dry kitchen. 

Untuk Wet Kitchen memang roboh habis dan dry kitchen masih guna kabinet sedia ada just tambah 2 tall unit dan tukar tile je. Than betulkan sistem paip untuk dua2 tandas rumah sis.

Jumlah keseluruhan adalah RM14,250 (renovation, pintu tandas jenis bi fold dan kabinet dapur sahaja)

Untuk tile 2 jenis, tandas duduk, sinki dan plug point harga asing sebab kami nak beli sendiri. Total habis seperti berikut ya:

Tile 2 jenis - RM660

Sinki & Paip - RM750

Tandas Duduk (x2) - RM850

Plug point - RM80

Total hangus Semua sekali RM16,590 (menangis dibucu katil kejap)

So kat sini sis nak share dengan korang gambar2 proses renovasi dapur sis.

Rupa sebelum:





Rupa semasa:





So sekarang renovation dah siap. Then kami laki bini nak cat pulak dapur. Buat sendiri save sikit bajet sebab dah banyak keluar duit. Dalam seminggu baru boleh pasang Kabinet dapur sebab masih dalam proses tempahan. Untuk renovation ambil masa dalam 1 minggu untuk siap. 

Next post sis akan update lepas pemasangan kitchen cabinet ye. Korang tunggu tau. 

Thank for support dan sudi luangkan masa untuk baca nukilan sis.

Bye..

 


 



Monday, 28 September 2020

MUHAMMAD AQIL'S FIRST BIRTHDAY

Assalamualaikum,

Betapa lamanya sis x update post dalam blog sis nie. Hari-hari teringat nak update blog, tapi apakan daya masa n idea tiada..

So, hari nie ada masa sikit nie sis nak share sambutan Hari Jadi anak teruna sis yang pertama. Kebiasaannya bila dah sambut birthday baby nie agak sedikit huru hara la dengan menangisnya, laparnya, xnak kat orang lagi. Tapi ini semua bukan penghalang untuk sambut birthday anak ye.

Sis juga nak share cake mesra baby nie. Sis order di cakesicomel_sihat.

Bukan sahaja rupa kek yang cute malah bahan-bahan yang digunakan untuk buat kek juga adalah bahan-bahan yang healthy dan sangat sesuai untuk baby. Pada ibu mengandung yang tengah jaga kandungan gula pon sesuai la makan kek nie sebab dia gantikan gula dengan madu asli ye. So diyakini selamat.

So, sis nak share gambar-gambar yang sikit huru hara but happening untuk korang. 







Sampai di sini saja sebab dah tiada idea mengarang.. Bye2 U alls..