Thursday, 25 June 2020

MERANCANG BERCUTI DI CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum,

Hari ini rasa macam nak cerita sikit planning nak pergi bercuti selepas PM kita umum PKPP until 31 Ogos 2020. Ini dikira last minit punya planning juga la. So plan nak ke Cameron Highland sebab suke tempat sejuk dan nak pergi rehat-rehat makan-makan.

Tempat penginapan yang menjadi pilihan adalah Nova Highland Hotel. Hotel ini menjadi pilihan sis sebab husband sis request tempat yang view cantik, tapi tak tahu lagi cantik ke x viewnya.Tunggu dan lihat saja la. Lagi satu, Sis ni jenis kalau nak menginap di mana-mana hotel mesti baca review or pengalaman orang dulu baru yakin nak booking. So macam ni la rupa Hotel yang sis booking tu. Tengok macam moden kan. (Gambar by Google)


Untuk bilik sis ambil 1 bedroom Queen Suite sebab tinggal yang ini je pun. Bilik yang sis ambil ni siap dengan breakfast untuk 2 orang. So begini la rupa bilik yang sis booking. Ala-ala tidur dalam aquarium giteww.. (Gambar by Google)
Semua gambar nie sis cilok di google. Nanti entry seterusnya sis akan review pengalaman sis sendri pulak. Harap dipermudahkan percutian sis nanti. Amin.



Bye..!

Thursday, 11 June 2020

SUSUN ATUR HIASAN RUMAH BAGI YANG ADA ANAK KECIL

Assalamualaikum..

Pertama kali saya ingin ucapkan kepada semua yang sudi melawat ke blog CIKYATIE yang tengah baru berjinak-jinak dalam dunia blogger ini.

Ini merupakan nukilan kedua saya. Post kedua saya ini, saya ingin kongsi susun atur dalam rumah saya sebab saya ada anak yang masih kecil dan banyak akal ini. Untuk makluman semua, bulan ini dah masuk bulan ke 10 saya pindah  masuk ke rumah sendiri. Bagi sesiapa ingin tahu proses beli rumah subsale boleh tengah pada nukilan pertama saya.

Gambar meja makan yang x berapa nak kemas ini adalah ruang makan kami sekeluarga. Saya memang ajar anak saya kalau makan mesti makan di meja makan dan memang saya tidak galakan untuk makan sambil tengok tv di ruang tamu. Meja saya beli di Ikea dan untuk makluman korang ini adalah set meja makan paling murah di Ikea. Al maklum la, bajet ciput.


Next, ini pula Dapur kering saya ata Dry Kitchen. tempat ini selalu saya buat untuk bancuh air, baking, simpan stok makanan dan lain-lain yang berkaitan. Kabinet dapur ini memang ada masa saya beli rumah. So, dalam perancangan untuk diubahsuai. Tunggu dan lihat ya...

Di bawah ini pula daput basah tau Wet Kitchen. Ini adalah tempat saya bersilat dan berpeluh-peluh. Ini la tempat basuh pinggan, basuh ikan, masak-masak, potong-potong semua di sini la tempatnya. Pagar tu kena ada sebab nanti ada hero kecil yang nak tolong pulak. Hancur nanti dapur mak. Dan dapur ini jugak dalam perancangan untuk diubahsuai ye. Tunggu dan lihat ya kawan-kawan.


Akhir sekali, ini la ruang tamu simple saya. Nampak simple sebab ada anak kecil, sebab itu barang-barang semua letak tepi-tepi dinding. Senang bagi anak main guling-guling. Disebalik tirai tu ade balkoni tempat hirup udara dan tempat jemur baju. Di sini juga adalah ruang untuk kami 4 beranak gelak tawa dengan anak-anak.


So, sampai di sini saja perkongsian susun atur rumah saya. Bagi yang sudah baca nukilan saya dijemput untuk follow blog saya ini yaa.. Terima kasih.