Assalamualaikum Semua,
Entry kali ini Cikyatie nak share pasal temuduga sebagai setiausaha pejabat.
Tahun 2016 kalau tak silap, cikyatie dapat panggilan Temuduga bagi Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat
Gred N17/ Setiausaha Pejabat N27 (Tetap/Kontrak) Kumpulan Pelaksana (Bukan
Akademik). Gembiranya rasa hati dan resahnya menunggu giliran untuk diinterview.
So, macam biasalah sebelum hadir temuduga kita perlu susun fail sijil dengan teratur mengikut dari pendidikan tertinggi senang untuk penemuduga belek-belek sijil kita. Jangan lupa bawa juga updated resume dan salinan photostat sijil korang lebih lagi bagus.
Antara soalan yang ditanya, First, dia akan minta kita perkenalkan diri dalam bahasa English. Time nie korang kene yakin bercakap, tak kisah lah English korang terabur janji confident ye. Isi pengenalan diri, Nama, tempat tinggal, pengajian korang, pengalaman kerja termasuk praktikal dan lain-lain yang terlintas difikiran korang. Then korang kene study background company tu ye sebab memang akan ditanya. Macam sis diorng tnye siapa nama VC sekarang (VC Universiti tempat kerja sis sekarang) and apa yang anda tahu pasal Key Performance Indicator. Next diorang juga tanya 'Macam mana anda menangani stress di tempat kerja, ini soalan pendapat kita. So kalau boleh pendapat korang mesti positif tau. Then akhir sekali diorang akan tanya kita ade soalan tak, macam Cikyatie memang takde soalan nak tanya just bagitau 'xde soalan dan terima kasih atas jemputan temuduga ini semoga kita berjumpa lagi', itu saja.
Selepas kira-kira 10 bulan, Cikyatie dapat panggilan telefon tawaran Jawatan Sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat N19, so memang kita terus ambillah tanpa berfikir. Cikyatie lapor diri pada bulan Mac 2017 dengan status jawatan kontrak, then after 9 bulan diserap tetap. Alhamdulillah.
Sekarang nie dah masuk tahun ke 4 bekerja sebagai pembantu setiausaha pejabat dan dalam proses pengesahan jawatan. So bagi job seeker, sis nasihatkan jangan jemu or putus asa dalam mencari kerja, selagi ada peluang apply je terus, dapat panggilan interview pergi je terus sampai korang dapat kerja.
Sekian.
P/s: Cikyatie ingat nak sambung pengalaman kerja pulak, tapi dah letih pulak mengarang. tunggu next entry ya. Bye.