Wednesday, 1 July 2020

Buat Suamiku

Assalamualaikum...

Entry kali sebenarnya ditujukan buat suami sis yang tersayang. Rasa dia pun x tahu kehadiran blog bini dia nie. So bagi pembaca please jangan muntah ye. Huhuhuhu...


Husband sis nie seorang yang pendiam, penyabar, soft spoken, good looking (pandangan sis la), senang cerite Mr. Perfect 10 lah. Sepanjang perkahwinan kami, sis tak pernah lagi dengar dia tinggikan suara kat sis, marah sis, ignore sis sampai sis sendri tnye "abang x marah ke?" dan di balas "tak pun" tu je. Sampai sis sendri x puas hati.

Untuk pengetahuan korang, suami sis nie bukan jenis orang sweet ye. Bukan seorang yang romantik dan juga bukan seorang yang pandai berbicara manis. Kadang-kadang sis berangan la sorang2 bile tengok movie romantik. Dulu sis complaint la jugak sis nak dia macam tu macam nie. Tapi sia-sia je.  But its ok, sis boleh terima seadanya. I love him soo much..!

Kesimpulannya, kehidupan kami lebih baik sejak berkahwin. Sis sangat menghargai apa yang saya ada sekarang dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat.

So, buat suami yang dicintai, disayangi dan sering dirindui,

Terima kasih sebab banyak bersabar dengan perangai binimu.
Terima kasih kerana sering memuji masakan binimu.
Terima kasih kerana menjadi driver setia binimu sewaktu binimu ini sambung belajar.
Terima kasih kerana menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab.
Terima kasih kerana sanggup memenuhi permintaan binimu.
Terima kami sebab cinta dan sayangkan binimu.
Last skali, terima kasih untuk segala-galanya.

Sayang Abang sehingga ku menutup mata...



"Peluk pasangan anda.
Tidak kira berapa kali awak mahu peluk, itu terpulang
tetapi peluklah isteri di samping bersyukur kepada Allah SWT
kerana anda mempunyai pasangan"

-Dato' Dr. Mohd Fadzilah-



Bye2




No comments:

Post a Comment

Korang boleh drop link blog or channel youtube korang.. Nanti kite follow.