Tuesday, 4 August 2020

Giveaway by ejulz & shirven

Assalamualaikum korang..

Post pertama dalam bulan 8 tahun 2020. Sis join Giveaway by ejulz & shirven. Jom kita support rakan-rakan blogger kita. Korang pon boleh join juga. Macam mana nak join? Seperti berikut laa:


Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & shirven:

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & shirven". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz dan shirven;
4. Follow IG ejulz dan shirven;
5. Tinggalkan penyertaan korang dan nama IG di post ini;
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.


Tarikh Tamat : 15 OGOS 2020

Good luck you all..!

Tuesday, 28 July 2020

TUNTUTAN INSURANS KECURIAN MOTOSIKAL... INI YANG KAMI LAKUKAN

Assalamualaikum Sahabat-sahabat semua. Semoga korang sentiasa dalam lindunganNya. Amin. Ok, hari ini baru berkesempatan update blog sebab lately nie sis busy sikit di tempat kerja.

Sis nak share cerita yang agak sedih buat kami sekeluarga. Pada 24/7/2020 (kene ingat tarikh nie) moto husband yang dia guna untuk cari rezeki dah dikebas orang. So, apa tindakan kami bila dah tahu moto dicuri, kami ke Pejabat Pengurusan Apartment kami untuk buat aduan dan semak CCTV. Hasilnya kami dapat gambar si pelaku tapi yang x best diorang pakai mask time tu.


Next, kami save bukti dan bawa ke balai polis untuk siasatan pihak polis. Time nie memang dah xfikir motor dah sebab memang x akan dapat balik dah motor nie. Klu dapat tangkap dipelaku tu baru kami puas hati. 

Next day pula, kami keluar ke Syarikat Insurans untuk membuat tuntutan. Antara dokuman yang kena bawa:

1. Salinan IC Pemilik Kenderaan.
2. Salinan lesen.
3. Geran Motor.
4. Salinan report polis.
5. Salinan Roadtax Insurans korang. (Make sure roadtax belum tamat ye)

Then staff insurans akan bagi borang untuk kita isi. Time nie staff insurans akan tanya la skit pasal motor korang dalam keadaan berkunci ke tak dan hilang kat mana. After ditemuduga dan dah selesai isi borang staff maklumkan proses mengambil masa dalam 3 hingga 6 bulan memang agak lamakan. But its ok, janji boleh claim.

Setelah selesai sis terus ajak husband ke Kedai moto usha-usha la mana-mana berkenan. Nak beli jiwa suami. Kihkihkih.. Korang tahu, husband sis sampai demam keesokannya, terkejut motor hilang agaknya.


Sama-sama kita doa agar kita sentiasa dimurahkan rezeki, dijauhkan segala musibah.. Amin... Terima kasih sudi baca ye. Bye.