Assalamualaikum Sahabat-sahabat semua. Semoga korang sentiasa dalam lindunganNya. Amin. Ok, hari ini baru berkesempatan update blog sebab lately nie sis busy sikit di tempat kerja.
Sis nak share cerita yang agak sedih buat kami sekeluarga. Pada 24/7/2020 (kene ingat tarikh nie) moto husband yang dia guna untuk cari rezeki dah dikebas orang. So, apa tindakan kami bila dah tahu moto dicuri, kami ke Pejabat Pengurusan Apartment kami untuk buat aduan dan semak CCTV. Hasilnya kami dapat gambar si pelaku tapi yang x best diorang pakai mask time tu.
Next, kami save bukti dan bawa ke balai polis untuk siasatan pihak polis. Time nie memang dah xfikir motor dah sebab memang x akan dapat balik dah motor nie. Klu dapat tangkap dipelaku tu baru kami puas hati.
Next day pula, kami keluar ke Syarikat Insurans untuk membuat tuntutan. Antara dokuman yang kena bawa:
1. Salinan IC Pemilik Kenderaan.
2. Salinan lesen.
3. Geran Motor.
4. Salinan report polis.
5. Salinan Roadtax Insurans korang. (Make sure roadtax belum tamat ye)
Then staff insurans akan bagi borang untuk kita isi. Time nie staff insurans akan tanya la skit pasal motor korang dalam keadaan berkunci ke tak dan hilang kat mana. After ditemuduga dan dah selesai isi borang staff maklumkan proses mengambil masa dalam 3 hingga 6 bulan memang agak lamakan. But its ok, janji boleh claim.
Setelah selesai sis terus ajak husband ke Kedai moto usha-usha la mana-mana berkenan. Nak beli jiwa suami. Kihkihkih.. Korang tahu, husband sis sampai demam keesokannya, terkejut motor hilang agaknya.
Sama-sama kita doa agar kita sentiasa dimurahkan rezeki, dijauhkan segala musibah.. Amin... Terima kasih sudi baca ye. Bye.
No comments:
Post a Comment
Korang boleh drop link blog or channel youtube korang.. Nanti kite follow.