Tuesday 28 July 2020

TUNTUTAN INSURANS KECURIAN MOTOSIKAL... INI YANG KAMI LAKUKAN

Assalamualaikum Sahabat-sahabat semua. Semoga korang sentiasa dalam lindunganNya. Amin. Ok, hari ini baru berkesempatan update blog sebab lately nie sis busy sikit di tempat kerja.

Sis nak share cerita yang agak sedih buat kami sekeluarga. Pada 24/7/2020 (kene ingat tarikh nie) moto husband yang dia guna untuk cari rezeki dah dikebas orang. So, apa tindakan kami bila dah tahu moto dicuri, kami ke Pejabat Pengurusan Apartment kami untuk buat aduan dan semak CCTV. Hasilnya kami dapat gambar si pelaku tapi yang x best diorang pakai mask time tu.


Next, kami save bukti dan bawa ke balai polis untuk siasatan pihak polis. Time nie memang dah xfikir motor dah sebab memang x akan dapat balik dah motor nie. Klu dapat tangkap dipelaku tu baru kami puas hati. 

Next day pula, kami keluar ke Syarikat Insurans untuk membuat tuntutan. Antara dokuman yang kena bawa:

1. Salinan IC Pemilik Kenderaan.
2. Salinan lesen.
3. Geran Motor.
4. Salinan report polis.
5. Salinan Roadtax Insurans korang. (Make sure roadtax belum tamat ye)

Then staff insurans akan bagi borang untuk kita isi. Time nie staff insurans akan tanya la skit pasal motor korang dalam keadaan berkunci ke tak dan hilang kat mana. After ditemuduga dan dah selesai isi borang staff maklumkan proses mengambil masa dalam 3 hingga 6 bulan memang agak lamakan. But its ok, janji boleh claim.

Setelah selesai sis terus ajak husband ke Kedai moto usha-usha la mana-mana berkenan. Nak beli jiwa suami. Kihkihkih.. Korang tahu, husband sis sampai demam keesokannya, terkejut motor hilang agaknya.


Sama-sama kita doa agar kita sentiasa dimurahkan rezeki, dijauhkan segala musibah.. Amin... Terima kasih sudi baca ye. Bye.

Tuesday 21 July 2020

My Little Fella's

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini Cik Yatie baru follow rakan blogger baru. Seronok tengok design blog nie secantik empunye dan boleh dijadikan inspirasi kepada blogger baru.




So hari nie juga, first time CikYatie join contest or giveaway. Harap ada harapan la disitu. Wish me luck korang.

  Bagi yang berminat untuk join Segmen Bloglist My Litte Fellas II by Cik Kaella.. ia akan berlangsung sehingga 30 Julai 2020.

Syarat penyertaan pun mudah sahaja. jom join dan support blog Kaella.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Follow blog kaella ( thekaellaaaa )
2. Buat entry bertajuk "My Little Fella's"
3. Tepek banner di atas dan link kan ke post
4. Share biar ramai yang join 🥰
4. Letakkan link penyertaan korang di ruangan komen
Selesai! 😊

KLIK BANNER UNTUK JOIN