Monday 29 June 2020

CHECKLIST BARANG KEPERLUAN BAYI KE NURSERY/RUMAH PENGASUH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mesti pembaca disini dalam dilema untuk hantar anak yang masih bayi ke nursery atau rumah pengasuh. Sama juga seperti sis, hantar anak usia 8 bulan ke nursery (sebelum nie mak sis yang jaga). Sis pon google ye nak cari idea barang keperluan baby ke taska dan dapat idea yang sangat membantu.

Sis start hantar anak ke nursery pada 1 Jun 2020 dimana time tu taska baru dibuka selepas tutup sementara akibat COVID19. So taska dibuka semula dengan beberapa SOP yang baru antaranya barang-barang anak semua perlu dibawa balik dan tidak boleh tinggal di taska.

Berikut adalah barang keperluan yang sis sediakan untuk si manja sis:
  1. Lampin pakai buang - 5 keping
  2. Barang mandian semasa dan selepas mandi - Bedak, sabun, minyak telon (disebabkan hari-hari kena angkut bawa balik sis letak dalam botol kecil la. kene rajin refill balik).
  3. Puting - ikut keperluan anak.
  4. Toys - sis sediakan mudah bagi pakai lampin dan baju.
  5. Set Baju - 4 set
  6. Tuala Mandi
  7. Beg untuk letak barang
  8. Plastik - untuk letak baju basah.


Next, untuk keperluan makan dan minum pula:
  1. Lunch bag
  2. Botol susu
  3. Botol air 2 lubang
  4. Mangkuk
  5. Sudu
  6. Nestum - Sis sediakan sebab baby bawah 1 tahun makanan perlu bawa dari rumah.
  7. Susu - sis letak dalam bekas ade compartment.

Tempat tidur pula, sis sediakan set tilam baby serta bantal dan baby rocker (in case baby susah tidur). Baby rocker nie sis memang tinggalkan di taska dengan kebenaran owner taska.

Ini lah barang-barang anak sis yang hari-hari sis angkut pergi dan balik.


Kesimpulannya, kite as mommy nie perlu sediakan keperluan anak selengkapnya sebab nak memudahkan cikgu/pengasuh yang menjaga anak kita. Bila kita mudahkan urusan seseorang, urusan kita pun Insyaallah akan dipermudahkan. Sis payung satu gambar si manja sis.



Sekian.

Bye..!

No comments:

Post a Comment

Korang boleh drop link blog or channel youtube korang.. Nanti kite follow.