Assalamualaikum...
Hari ini sis nak share pengalaman bercuti di Cameron Highland 2 hari 1 malam semasa tempoh PKPP. Untuk pengetahuan korang sis pergi bercuti adalah untuk santai-santai saja dan tak pergi melawat mana-mana tempat pon sebab dah banyak kali pergi ke tempat-tempat menarik di CH.
So, pada hari Sabtu seawal dan tak berapa awal la dalam jam 8.00 pagi kami bertolak dari Gombak dan sampi di Tapah dalam jam 9.45 pagi. Perjalanan sangat lancar dan tidak jem. Dalam hati sis nie dah tak sabar sangat dah nak check in hotel.
Then, kami sampai di ladang teh dalam jam 10.40 pagi dan memang ramai sangat orang time tu sampai xde parking. Disebabkan kami bawa anak kecil 9 bulan, kami putuskan untuk tidak singgah di ladang teh. Selepas tu bermula la episod yang tak best sebab jalan mmg jem sampai ke puncak lah.
Selepas mengharungi jem selama 8 jam, pukul 5.30 petang baru kami dalam check in hotel. Mujur la dah siap booking awal-awal sebelum datang. Kami check in di Hotel Nova Highland seperti di entry sebelum ini. Hotel kami di tingkat 7, masuk je hotel memang sejuk tahap boleh beku.
Yang best Nova Highland Hotel, bilik yang sangat luas, lagi satu family pon boleh muat masuk just bawa toto dan bantal je. Diberanda bilik pulak memang cantik viewnya. Untuk hotel nie sis bagi 4 dari 5 bintang.
Pada hari Ahad, seawal 9.00 pagi sis dah check out sebab memang tahu akan jem. Selepas check out sis pergi sarapan pagi dan terus ke Animal Feeding. Kat sini memang kali pertama kami pergi. Pergi bawa anak-anak memang best. Kalau tak silap tiket dewasa RM5.00 dan kanak-kanak RM3.00. Pergi tempat nie sis xde gambar nak payung sebab anak sis tengah takut dengan binatang. Tapi memang best. So korang google je la gambarnye.
Kesimpulannya, percutian sis kali ini tidak seperti yang sis bayangkan. Nasihat sis, kalau korang nak ke CH pastikan bukan minggu cuti sekolah, minggu gaji or hujung minggu. Sebab banyak buang masa dalam kereta. Walau apa pun sis enjoy.!
Bye..!
No comments:
Post a Comment
Korang boleh drop link blog or channel youtube korang.. Nanti kite follow.