Assalamualaikum,
Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki olehNya. Post kali ini sis saja nak kongsi cara sis susun atur bilik anak dara sis yang berusia 6 tahun.
Bilik anak sis kecik dan sempit, so ruang untuk bermain tu terhad. Dengan meja study yang tak pernah guna, rak buku dan iron board membuatkan bilik bertambah sempit. So, bila tiba hujung minggu iaitu hari cuti sis, memang sis selongkar bilik anak sis. Bertabah sis buat sorang-sorang.
So, macam ini lah hasil susun atur bilik anak dara sis. Sis alih kedudukan katil dan rak baju, then meja study dan rak buku sis letak dibilik lain (tunggu next posting) dan gantikan dengan meja yang sesuai. Nampak la luas sikit bilik anak sis, let say sedara datang tumpang tidur pon muat juga nak bentang satu toto di tengah sebelah katil tu.
Sekarang nie sis masih pujuk anak sis untuk belajar tidur di bilik sendiri. Sampai bila nak tidur dengan mamakan. Next posting sis ingat nak kongsi susun atur bilik baju + ruang home office pulak. Nantikan yaa..
Posting lepas sis payung gambar baby boy sis kan, hari nie sis payung gambar anak dara sis pulak..
Terima kasih sudi baca.. Bye..
No comments:
Post a Comment
Korang boleh drop link blog or channel youtube korang.. Nanti kite follow.