Tuesday, 6 April 2021

Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M

Assalamualaikum Rakan Maya,
 
Hari ini sekali lagi Yat berpeluang lagi untuk join Segmen Bloglist dari blog sis salatulzarida. Sebenarnya bukan hadiah yang Yat kejarkan, cukup sekadar untuk menambah rakan blogger dan peroleh info semasa dari rakan-rakan blogger. Mana yang tiada idea menulis pon bagus juga sebenarnya. So tidak la sunyi blog kite ye.

 Segmen Bloglist Ramadan

So, berikut adalah Syarat penyertaan yang tersangat mudah untuk kita buat: 

1.  Follow blog ini :  salatulzarida.blogspot.com 

2.  Buat satu entry bertajuk : Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M 

3.  Letakkan banner dan backlink kan kepada link entry ini 

4.  Publish entry dan letakkan link penyertaaan blog dalam ruang komen di entry ini.


Tempoh segmen ini berlansung mulai hari ini 5 April 2021 dan tamat pada 12 April 2021.



Semoga tersenarai dalam Rakan Blogger Ramadan sis salatulzarida.
 
Bye. 


Monday, 5 April 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Assalamualaikum buat Semua Warga Maya..

Hari ini saya berpeluang lagi untuk join contest Giveaway yang di tag oleh rakan blog saya Cuya. Thanks ya tag saya, sebab anda buatkan saya terasa rakan blogger itu wujud (blog saya pon suam2 je). Kihkihkih...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7-4ElrcJ_EugfzxLdpqg8cUjSrDyzb3140pXbK6lxuSpN0aALcqkIRBC68xzv9Xmr-iAOvwlvMhSUiUhEH0Z9_WAxrIwz8oNZ9XHW14manAzMkNDSq_lj769gs0D1nxU85r67idHank3m/s652/Giveaway+Raya+BSRB.jpg 

Perasaan saya dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi seharusnya tidak sabar disamping anak-anak yang kian meningkat umur. Suami? sepanjang bulan ramadhan dia bekerja shift petang so tinggal saya dan anak-anak je untuk berbuka.

Yang paling terujanya anak dara sis yang sulung baru masuk darjah 1 dan x sabar nak puasa. Sis x paksa dia berpuasa penuh cukup sekadar termampu untuk dia saja. Anak teruna sis pula bru masuk 1 tahun 7 bulan, dah macam-macam akal dah tu. Sis yakin suasana buka puasa sis nanti comfirm meriah (huru hara).  

Bila berlalunya Ramadhan akan munculnya Syawal. Yang pastinya persiapan menyambut hari raya sis mestilah boria dengan tema pilihan tahun ini Purple Lavendar dengan harapan dapat Rentas Negeri pulang ke kampung sebelah suami.

Sama-sama kita berdoa agak kita sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungiNya walau dia mana jua kita berada.. Amin.


Jalan-jalan beli pulsa

Pulang main makan ketupat

Jangan lupa ibadah puasa

Agar pahala dapat berlipat

 

Last, sis nak tag sis Zarida and sis Rashidah untuk join giveaway ni. 

Bye..



Friday, 2 April 2021

JADUAL HARIAN ANAK

 Assalamualaikum Semua,

Hari nie sis baru siap buat Jadual Harian Anak sulung sis. Dia dah masuk darjah satu. So nak lebih nampak organize sis sediakan jadual harian untuk rujukan dia.

Waktu bila boleh main, study solat n sebagainya. Harap-harap dia boleh ikut. But not 100% la.

Di bawah nie contoh jadual harian yang sis buat untuk anak sis. Korang klik untuk nampak besar ye.

Sis sebenarnya x harapkan result yang gempak dari anak sis. Cukup la sekadar peroleh ilmu untuk kehidupan dia di masa akan datang agar tidak ketinggalan.

 Bye2.

Tuesday, 30 March 2021

Pengalaman Renovate Dapur - Part 1

Assalamualaikum rakan-rakan blogger,

Semoga semua yang membaca post ini sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi olehNya.

Setelah sekian lama sis x update blog sis nie, last update tahun lepas dan sekarang kita dah nak masuk bulan April 2021 sudah. Ada masa terluang ini, sis nak update kat korang pasal projek renovation dapur rumah sis. Dulu sis ade update pasal pengalaman sis beli rumah sub sale kat sini.

First, sis survey perkhidmatan all in one,seperti renovation, wiring, sistem paip toilet dan kitchen cabinet. Sebab area yang sis nak tukar adalah Dry Kitchen, Wet Kitchen dan toilet. Sis guna perkhidmatan Kitchen Design Consultant. Korang kalau nak tau company mana sis ambil boleh comment ye.

Meeting pertama, kami discus material yang sis nak dan keluasan dapur sis. so senang consultant nak buat kira-kira mengikut bajet customer dia. Sis decide untuk ambil material jenis 3G untuk wet kitchen dan Melamine untuk dry kitchen. 

Untuk Wet Kitchen memang roboh habis dan dry kitchen masih guna kabinet sedia ada just tambah 2 tall unit dan tukar tile je. Than betulkan sistem paip untuk dua2 tandas rumah sis.

Jumlah keseluruhan adalah RM14,250 (renovation, pintu tandas jenis bi fold dan kabinet dapur sahaja)

Untuk tile 2 jenis, tandas duduk, sinki dan plug point harga asing sebab kami nak beli sendiri. Total habis seperti berikut ya:

Tile 2 jenis - RM660

Sinki & Paip - RM750

Tandas Duduk (x2) - RM850

Plug point - RM80

Total hangus Semua sekali RM16,590 (menangis dibucu katil kejap)

So kat sini sis nak share dengan korang gambar2 proses renovasi dapur sis.

Rupa sebelum:





Rupa semasa:





So sekarang renovation dah siap. Then kami laki bini nak cat pulak dapur. Buat sendiri save sikit bajet sebab dah banyak keluar duit. Dalam seminggu baru boleh pasang Kabinet dapur sebab masih dalam proses tempahan. Untuk renovation ambil masa dalam 1 minggu untuk siap. 

Next post sis akan update lepas pemasangan kitchen cabinet ye. Korang tunggu tau. 

Thank for support dan sudi luangkan masa untuk baca nukilan sis.

Bye..

 


 



Monday, 28 September 2020

MUHAMMAD AQIL'S FIRST BIRTHDAY

Assalamualaikum,

Betapa lamanya sis x update post dalam blog sis nie. Hari-hari teringat nak update blog, tapi apakan daya masa n idea tiada..

So, hari nie ada masa sikit nie sis nak share sambutan Hari Jadi anak teruna sis yang pertama. Kebiasaannya bila dah sambut birthday baby nie agak sedikit huru hara la dengan menangisnya, laparnya, xnak kat orang lagi. Tapi ini semua bukan penghalang untuk sambut birthday anak ye.

Sis juga nak share cake mesra baby nie. Sis order di cakesicomel_sihat.

Bukan sahaja rupa kek yang cute malah bahan-bahan yang digunakan untuk buat kek juga adalah bahan-bahan yang healthy dan sangat sesuai untuk baby. Pada ibu mengandung yang tengah jaga kandungan gula pon sesuai la makan kek nie sebab dia gantikan gula dengan madu asli ye. So diyakini selamat.

So, sis nak share gambar-gambar yang sikit huru hara but happening untuk korang. 







Sampai di sini saja sebab dah tiada idea mengarang.. Bye2 U alls..


Wednesday, 26 August 2020

Merdeka Giveaway By Eknsofi

 Assalamualaikum,

 Join giveaway lagi. Mane tahu rezeki. Korang pon boleh join tau.



Syarat-syarat untuk menyertai giveaway ini ialah:

❀ Warganegara Malaysia
❀ Wajib follow blog ini
❀ Follow Instagram, tekan @eknaimn
❀ Subcribe channel Youtube, tekan Eikin Sofi.

Cara-cara untuk menyertai:

❀ Mesti buat satu post bertajuk "Merdeka Giveaway By Eknsofi"
❀ Copy banner di atas dan backlink ke post ini 
❀ Tag 3 kawan blogger anda dan pastikan mereka tahu 
❀ Copy dan paste link post tersebut di ruang comment post giveaway ini

 

Tuesday, 11 August 2020

Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari

 Assalamualaikum Sahabat Blogger & Pembaca setia,

Setakat hari ini belum ada time lagi nak buat entry, idea dah ada masa tu je terhad. So, kalau sis jumpa segmen giveaway nie memang 100% sis akan support dan untuk cari rakan blogger baru jugak. So korang nak join pon boleh.

Segmen ini akan bermula pada 7 Ogos 2020 (Jumaat)  sehingga 14 Ogos 2020 (Jumaat), Segmen ini dijalankan selama seminggu, Seramai 10 orang perserta yang bertuah untuk bloglist dan 1 orang daripada 10 orang akan memenangi bodymist 250ml victoria secret ini!
 
 

Syarat untuk menyertai:

1. Follow blog Nadia Jamhari


3. Buat satu entri di blog anda bertajuk "#Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari"

4. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini (rujuk quotes untuk link)

5. Comment link entri penyertaan di bawah


https://nadiajamhari.blogspot.com/2020/08/segmen-giveaway-dan-mencari-bloglist.html



Jangan lepaskan peluang tau! 

InsyaAllah pemenang akan diumumkan sebelum Ogos berakhir!

Selamat Bersegmen!

 

Tuesday, 4 August 2020

Giveaway by ejulz & shirven

Assalamualaikum korang..

Post pertama dalam bulan 8 tahun 2020. Sis join Giveaway by ejulz & shirven. Jom kita support rakan-rakan blogger kita. Korang pon boleh join juga. Macam mana nak join? Seperti berikut laa:


Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & shirven:

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & shirven". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz dan shirven;
4. Follow IG ejulz dan shirven;
5. Tinggalkan penyertaan korang dan nama IG di post ini;
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.


Tarikh Tamat : 15 OGOS 2020

Good luck you all..!

Tuesday, 28 July 2020

TUNTUTAN INSURANS KECURIAN MOTOSIKAL... INI YANG KAMI LAKUKAN

Assalamualaikum Sahabat-sahabat semua. Semoga korang sentiasa dalam lindunganNya. Amin. Ok, hari ini baru berkesempatan update blog sebab lately nie sis busy sikit di tempat kerja.

Sis nak share cerita yang agak sedih buat kami sekeluarga. Pada 24/7/2020 (kene ingat tarikh nie) moto husband yang dia guna untuk cari rezeki dah dikebas orang. So, apa tindakan kami bila dah tahu moto dicuri, kami ke Pejabat Pengurusan Apartment kami untuk buat aduan dan semak CCTV. Hasilnya kami dapat gambar si pelaku tapi yang x best diorang pakai mask time tu.


Next, kami save bukti dan bawa ke balai polis untuk siasatan pihak polis. Time nie memang dah xfikir motor dah sebab memang x akan dapat balik dah motor nie. Klu dapat tangkap dipelaku tu baru kami puas hati. 

Next day pula, kami keluar ke Syarikat Insurans untuk membuat tuntutan. Antara dokuman yang kena bawa:

1. Salinan IC Pemilik Kenderaan.
2. Salinan lesen.
3. Geran Motor.
4. Salinan report polis.
5. Salinan Roadtax Insurans korang. (Make sure roadtax belum tamat ye)

Then staff insurans akan bagi borang untuk kita isi. Time nie staff insurans akan tanya la skit pasal motor korang dalam keadaan berkunci ke tak dan hilang kat mana. After ditemuduga dan dah selesai isi borang staff maklumkan proses mengambil masa dalam 3 hingga 6 bulan memang agak lamakan. But its ok, janji boleh claim.

Setelah selesai sis terus ajak husband ke Kedai moto usha-usha la mana-mana berkenan. Nak beli jiwa suami. Kihkihkih.. Korang tahu, husband sis sampai demam keesokannya, terkejut motor hilang agaknya.


Sama-sama kita doa agar kita sentiasa dimurahkan rezeki, dijauhkan segala musibah.. Amin... Terima kasih sudi baca ye. Bye.

Tuesday, 21 July 2020

My Little Fella's

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini Cik Yatie baru follow rakan blogger baru. Seronok tengok design blog nie secantik empunye dan boleh dijadikan inspirasi kepada blogger baru.




So hari nie juga, first time CikYatie join contest or giveaway. Harap ada harapan la disitu. Wish me luck korang.

  Bagi yang berminat untuk join Segmen Bloglist My Litte Fellas II by Cik Kaella.. ia akan berlangsung sehingga 30 Julai 2020.

Syarat penyertaan pun mudah sahaja. jom join dan support blog Kaella.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Follow blog kaella ( thekaellaaaa )
2. Buat entry bertajuk "My Little Fella's"
3. Tepek banner di atas dan link kan ke post
4. Share biar ramai yang join 🥰
4. Letakkan link penyertaan korang di ruangan komen
Selesai! 😊

KLIK BANNER UNTUK JOIN


KERETAKU DILANGGAR LAGI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semoga semua pembaca, kawan-kawan baru sis semua dalam keadaan sihat disamping keluarga tersayang.

Post hari ini sedih sikit. Kereta kesayang dilanggar lagi. Tapi kali ini tidak teruk sangat. Tapi bagi sis sebenarnya teruk, sebab calar panjang.

Korang nampak x yang putih-putih tu. Itu la calarnya. dah x seksi dah kereta sis dan tergamam kejap time bawa kereta pagi-pagi tadi.

Dulu tahun 2017, trelar panjang langgar sis. Alhamdulillah sis masih diberi nafas untuk hidup lagi. Cerita nie lagi sedih sebab hari pertama lesen mati, hari tu jugak nak eksiden. Masalahnye trelar tu lepas langgar kereta sis dia terus pecut lari, sis pulak rabun x nampak no plat trelar tu. Sedih giler time tu dengan jalan jemnya.

Nie la rupa kereta sis kene langgar dulu. Melayang duit sis hampir RM2000 jugak la nak repair. Dengan tukar lampunya, tayar lagi, cat lagi. Time nie x pakai insurance sebab sis punye lesen mati time tu. Banyak songeh nak claim pon.

So moral of the story, berhati-hati dijalan raya. Thanks sudi baca. Bye..!

 

Tuesday, 14 July 2020

KUIH KERIA UBI KELEDEK UNGU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.

Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki.

Hari nie CikYatie nak share buat Kuih Keria menggunakan ubi Ungu. Semalam tiba-tiba mood rajin tu datang plus anak-anak CikYatie pon beri kerjasama baik (maksudnya depa main elok ja). 2 minggu lepas CikYatie pergi Cameron Highland dan gatai plak beli ubi ungu nie. Padahal xtau bile nak makan nasib beli sikit ja sampai dah buruk-buruk dan tinggal la sikit yang elok-elok. 

So, bahan-bahannya simple je:


5 biji ubi keledik ungu (saiz biasa)
1 cawan tepung gandum (yang nie time uli jangan letak semua letak sikit2 smpai jadi doh lembut)
garam (ikut selera)
1 ketul Gula melaka/ 6 sudu gula pasir merah
Air

Mula-mula rebus ubi sampai lembut supaya senang korang nak lepek.



Masukan tepung sikit-sikit uli-uli sebati, masukkan 2 sudu air uli sampai jadi doh.


Lepas tu korang bentukan elok-elok, then goreng dalam minyak api kecil ye. Angkat dan tos minyak ye.














Then untuk gula melaka pula, api kecil je. CikYatie letak dalam 2 sudu air bru letak gula. Kacau sampai naik buih pekat tu bru korang tauk kuih keria tu balik-balikkan dia bagi bersalut elok.














So ini la kejadiannya.


























Semoga entry resepi kali ini bermanfaatnya. Terima kasih membaca. Jangan lupa Follow ye. Bye.

Monday, 13 July 2020

SARAPAN ROTI CELUP TELUR KEGEMARAN ANAK

Assalamualaikum, 

Rajin CikYatie hari nie update blog. Almaklum la masih baru dan masih semangat nak menulis. So Entry hari nie simple je. CikYatie nak share resipi yang semua orang dah tahu buat sebenarnya. Menu kegemaran anak dara CikYatie nie, simple n orang malas pon boleh buat. Kihkihkih...

Bahan-bahannya:

Telur
Roti 
Marjerin/Minyak
Garam

Cara-caranya:

Pecahkan telur then letak garam sikit je kocak sampai naik buih (naik buih sikit pon ok dah), potong roti ikut kerajinan or kreativiti korang. Lepas tu panaskan pan, cairkan mentega, rasa dah panas marjerin tu celup roti dalam telur then masak je lah. hahaha. Senang je kan.


Sarapan kegemaran anak CikYatie, tambah pulak air milo lagi berselera la dia. Buat minum or makan petang pon boleh jugak. So, itu saja la entry kali nie. Kalau ada kerajinan semua jadi, perut pon kenyang. 


Terima kasih suda baca. Bye...!

Thursday, 9 July 2020

SUSUN ATUR BILIK ANAK PEREMPUAN

Assalamualaikum,

Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki olehNya. Post kali ini sis saja nak kongsi cara sis susun atur bilik anak dara sis yang berusia 6 tahun.


Bilik anak sis kecik dan sempit, so ruang untuk bermain tu terhad. Dengan meja study yang tak pernah guna, rak buku dan iron board membuatkan bilik bertambah sempit. So, bila tiba hujung minggu iaitu hari cuti sis, memang sis selongkar bilik anak sis. Bertabah sis buat sorang-sorang.


So, macam ini lah hasil susun atur bilik anak dara sis. Sis alih kedudukan katil dan rak baju, then meja study dan rak buku sis letak dibilik lain (tunggu next posting) dan gantikan dengan meja yang sesuai. Nampak la luas sikit bilik anak sis, let say sedara datang tumpang tidur pon muat juga nak bentang satu toto di tengah sebelah katil tu.

Sekarang nie sis masih pujuk anak sis untuk belajar tidur di bilik sendiri. Sampai bila nak tidur dengan mamakan. Next posting sis ingat nak kongsi susun atur bilik baju + ruang home office pulak. Nantikan yaa..

Posting lepas sis payung gambar baby boy sis kan, hari nie sis payung gambar anak dara sis pulak..

Terima kasih sudi baca.. Bye..

BISNES KELUARGA: PERIA GORENG RANGUP


Assalamualaikum,

Posting kali ini CikYatie nak cerita dan promote sekali bisnes kecil keluarga kami iaitu PERIA GORENG RANGUP. Pada awalnya mak kami saja je goreng peria untuk makan sendiri2 saja. Sampai satu masa sedara mara dan kawan-kawan rasa sedap dan rangup. Then kami pon cuba buat bisnes dengan peria nie. Alhamdulillah dapat sambutan menggalakan. Mak Ayah CikYatie dah pencen, so boleh la diorang buat business sambil-sambil.


Masa awal jual dulu kami takde stiker pon, sampai masuk order pon dah banyak maka terciptalah logo ini. Buat masa ini, dah nama pon business keluarga kami adik beradik je la yang kumpul order. Setiap order masuk kami akan update dalam group whatsup keluarga kami. Dalam sebulan keuntungan bersih mak ayah kami cecah juga 3 angka dah nama pon bisnes kecilankan.


Untuk makluman korang, peria goreng keluarga kami beza dari produk peria yang lain sebab turut bercampur bawang putih yang digoreng rangup dan semestinya daun kari pon rangup juga. Korang wajib rasa ye.

Bagi yang berminat:

Original - RM11.00/Balang
Spicy     - RM13.00/Balang

Bagi yang nak order lebih kita boleh adjust special harga ye.

Order Link:

http://www.wasap.my/+60175698382/PERIARANGUPviaCIKYATIE

 
                                    Duta Kecil produk kami. Bye.


Tuesday, 7 July 2020

KONGSI PENGALAMAN TEMUDUGA SEBAGAI SETIAUSAHA PEJABAT

Assalamualaikum Semua,

Entry kali ini Cikyatie nak share pasal temuduga sebagai setiausaha pejabat.

Tahun 2016 kalau tak silap, cikyatie dapat panggilan Temuduga bagi Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17/ Setiausaha Pejabat N27 (Tetap/Kontrak) Kumpulan Pelaksana (Bukan Akademik). Gembiranya rasa hati dan resahnya menunggu giliran untuk diinterview.


So, macam biasalah sebelum hadir temuduga kita perlu susun fail sijil dengan teratur mengikut dari pendidikan tertinggi senang untuk penemuduga belek-belek sijil kita. Jangan lupa bawa juga updated resume dan salinan photostat sijil korang lebih lagi bagus.

Antara soalan yang ditanya, First, dia akan minta kita perkenalkan diri dalam bahasa English. Time nie korang kene yakin bercakap, tak kisah lah English korang terabur janji confident ye. Isi pengenalan diri, Nama, tempat tinggal, pengajian korang, pengalaman kerja termasuk praktikal dan lain-lain yang terlintas difikiran korang. Then korang kene study background company tu ye sebab memang akan ditanya. Macam sis diorng tnye siapa nama VC sekarang (VC Universiti tempat kerja sis sekarang) and apa yang anda tahu pasal Key Performance Indicator. Next diorang juga tanya 'Macam mana anda menangani stress di tempat kerja, ini soalan pendapat kita. So kalau boleh pendapat korang mesti positif tau. Then akhir sekali  diorang akan tanya kita ade soalan tak, macam Cikyatie memang takde soalan nak tanya just bagitau 'xde soalan dan terima kasih atas jemputan temuduga ini semoga kita berjumpa lagi', itu saja.

Selepas kira-kira 10 bulan, Cikyatie dapat panggilan telefon tawaran Jawatan Sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat N19, so memang kita terus ambillah tanpa berfikir. Cikyatie lapor diri pada bulan Mac 2017 dengan status jawatan kontrak, then after 9 bulan diserap tetap. Alhamdulillah.



Sekarang nie dah masuk tahun ke 4 bekerja sebagai pembantu setiausaha pejabat dan dalam proses pengesahan jawatan. So bagi job seeker, sis nasihatkan jangan jemu or putus asa dalam mencari kerja, selagi ada peluang apply je terus, dapat panggilan interview pergi je terus sampai korang dapat kerja.

Sekian.

P/s: Cikyatie ingat nak sambung pengalaman kerja pulak, tapi dah letih pulak mengarang. tunggu next entry ya. Bye.

Wednesday, 1 July 2020

Buat Suamiku

Assalamualaikum...

Entry kali sebenarnya ditujukan buat suami sis yang tersayang. Rasa dia pun x tahu kehadiran blog bini dia nie. So bagi pembaca please jangan muntah ye. Huhuhuhu...


Husband sis nie seorang yang pendiam, penyabar, soft spoken, good looking (pandangan sis la), senang cerite Mr. Perfect 10 lah. Sepanjang perkahwinan kami, sis tak pernah lagi dengar dia tinggikan suara kat sis, marah sis, ignore sis sampai sis sendri tnye "abang x marah ke?" dan di balas "tak pun" tu je. Sampai sis sendri x puas hati.

Untuk pengetahuan korang, suami sis nie bukan jenis orang sweet ye. Bukan seorang yang romantik dan juga bukan seorang yang pandai berbicara manis. Kadang-kadang sis berangan la sorang2 bile tengok movie romantik. Dulu sis complaint la jugak sis nak dia macam tu macam nie. Tapi sia-sia je.  But its ok, sis boleh terima seadanya. I love him soo much..!

Kesimpulannya, kehidupan kami lebih baik sejak berkahwin. Sis sangat menghargai apa yang saya ada sekarang dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat.

So, buat suami yang dicintai, disayangi dan sering dirindui,

Terima kasih sebab banyak bersabar dengan perangai binimu.
Terima kasih kerana sering memuji masakan binimu.
Terima kasih kerana menjadi driver setia binimu sewaktu binimu ini sambung belajar.
Terima kasih kerana menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab.
Terima kasih kerana sanggup memenuhi permintaan binimu.
Terima kami sebab cinta dan sayangkan binimu.
Last skali, terima kasih untuk segala-galanya.

Sayang Abang sehingga ku menutup mata...



"Peluk pasangan anda.
Tidak kira berapa kali awak mahu peluk, itu terpulang
tetapi peluklah isteri di samping bersyukur kepada Allah SWT
kerana anda mempunyai pasangan"

-Dato' Dr. Mohd Fadzilah-



Bye2




Monday, 29 June 2020

CHECKLIST BARANG KEPERLUAN BAYI KE NURSERY/RUMAH PENGASUH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mesti pembaca disini dalam dilema untuk hantar anak yang masih bayi ke nursery atau rumah pengasuh. Sama juga seperti sis, hantar anak usia 8 bulan ke nursery (sebelum nie mak sis yang jaga). Sis pon google ye nak cari idea barang keperluan baby ke taska dan dapat idea yang sangat membantu.

Sis start hantar anak ke nursery pada 1 Jun 2020 dimana time tu taska baru dibuka selepas tutup sementara akibat COVID19. So taska dibuka semula dengan beberapa SOP yang baru antaranya barang-barang anak semua perlu dibawa balik dan tidak boleh tinggal di taska.

Berikut adalah barang keperluan yang sis sediakan untuk si manja sis:
  1. Lampin pakai buang - 5 keping
  2. Barang mandian semasa dan selepas mandi - Bedak, sabun, minyak telon (disebabkan hari-hari kena angkut bawa balik sis letak dalam botol kecil la. kene rajin refill balik).
  3. Puting - ikut keperluan anak.
  4. Toys - sis sediakan mudah bagi pakai lampin dan baju.
  5. Set Baju - 4 set
  6. Tuala Mandi
  7. Beg untuk letak barang
  8. Plastik - untuk letak baju basah.


Next, untuk keperluan makan dan minum pula:
  1. Lunch bag
  2. Botol susu
  3. Botol air 2 lubang
  4. Mangkuk
  5. Sudu
  6. Nestum - Sis sediakan sebab baby bawah 1 tahun makanan perlu bawa dari rumah.
  7. Susu - sis letak dalam bekas ade compartment.

Tempat tidur pula, sis sediakan set tilam baby serta bantal dan baby rocker (in case baby susah tidur). Baby rocker nie sis memang tinggalkan di taska dengan kebenaran owner taska.

Ini lah barang-barang anak sis yang hari-hari sis angkut pergi dan balik.


Kesimpulannya, kite as mommy nie perlu sediakan keperluan anak selengkapnya sebab nak memudahkan cikgu/pengasuh yang menjaga anak kita. Bila kita mudahkan urusan seseorang, urusan kita pun Insyaallah akan dipermudahkan. Sis payung satu gambar si manja sis.



Sekian.

Bye..!